top of page
MISI JELAJAH SEKOLAH
Sebuah seminar yang dirangka khas buat pelajar sekolah (rendah/menengah/kolej) dalam misi membantu, mencegah dan menyelamatkan diri pelajar daripada terlibat dengan ancaman LGBT,  Salah Guna Media Sosial (Pornografi & Ketagihan Game) & Zina yang boleh menjatuhkan prestasi pelajaran pelajar dan juga Gred Purata Sekolah (GPS) serta merosakkan diri pelajar sendiri!
Salah satu program yang disusun khas dengan teliti selepas bertemu hampir 40,000 pelajar di lebih 80 buah sekolah melalui Misi Jelajah Sekolah pada tahun 2018 hingga kini, yang berupaya membantu usaha sekolah dalam meningkatkan prestasi pelajar seiring dengan  peningkatan sahsiah.
#SeminarARAZ
#SelamatkanGenerasiMudaMudi
#SelamatkanPrestasiPelajaranSekolah
26229929_10208539297079669_6408860131074
31190100_10209206795446711_4613833029628
IMG_1165.JPG
IMG_1195.JPG
40237181_10209886693483737_3240048823304
64903602_10211442002445489_3965857056052
IMG_2022.JPG
50268141_10210683385560541_7250597114311
50946200_10210683385920550_1000717041981
IMG_0951.JPG
52100168_10210832077077736_5735952806905
58443026_10211149101203141_8675289108433
31.jpg
MODUL BEST APA YANG AKAN DIPELAJARI DALAM
SEMINAR ARAZ INI?
Seminar Ancaman Remaja Akhir Zaman (ARAZ) ini memang telah disusun dengan teliti selepas kami bertemu hampir 40,000 pelajar di lebih 80 buah sekolah melalui Misi Jelajah Sekolah pada tahun 2017 hingga kini. Melalui pelbagai program, pelbagai masalah yang melibatkan pelajar juga telah kami temui.
 
Seminar ARAZ ini wujud agar kami dapat bantu pihak guru dan sekolah untuk menaikkan prestasi pelajar dan Gred Purata Sekolah (GPS) serta mengurangkan risiko pelajar dikenakan tindakan disiplin. Seminar ini berupaya membantu usaha sekolah dalam meningkatkan prestasi pelajar seiring dengan  peningkatan sahsiah.
#SeminarARAZ
#SelamatkanGenerasiMudaMudi
#SelamatkanPrestasiPelajaranSekolah
053d2bdf-65fa-4219-a310-0f2766e41a80.jpg
757eab6d-86b0-4e1f-91ac-9bd74ce54fc6.jpg
Terlalu banyak jika kami nak ceritakan satu demi satu. Dengan jumlah pelajar
sekolah yang telah kami temui hampir 40,000 pelajar, pelbagai masalah juga telah kami temui. Daripada masalah-masalah tersebut, kami teliti dan usaha memberi panduan dan solusi yang berupaya membantu dan menyelamatkan pelajar!
Cegah sebelum ia makin membarah!

Pernah kami terima satu panggilan daripada seorang guru sekolah. Waktu itu, kami baru selesai urusan di luar. Dipendekkan cerita, guru tersebut inginkan perkongsian dan pengisian berfokus pada topik Gejala Nafsu Songsang.


"Ini yang ada buat jelajah sekolah pasal LGBT tu ke? Saya nak jemput ke sekolah, boleh lagi ke?"

Usai berborak dan berbicara di telefon, kami tersenyum panjang. Selain dapat bantu pihak sekolah, kami teringat sesuatu. Guru tersebut pernah kami melamar untuk adakan jelajah di sekolahnya, dulu. Namun waktu itu, beliau tolak dengan baik atas alasan-alasan tertentu.

Namun, setelah berlaku perkara yang tak diingini, barulah beliau kembali mencari nombor kami. Mujur beliau 'save' katanya.


"Ada pelajar yang dah mula buat kes di sekolah. Bimbang pelajar-pelajar lain terpengaruh dan terlibat sama. Itu baru satu isu. Jadi, pihak kami berharap agar awak dan kawan-kawan awak dapat datang ke sini ya untuk beri pendedahan dan bantu untuk usaha pencegahan."

Inilah misi kami sebenarnya. Nak bantu pencegahan sebelum mereka terjebak. Kerana bila seseorang dah terjebak dalam dunia gelap nafsu songsang, betapa ia perlukan masa yang lama untuk 'merawatnya' kembali.

Bila mereka terjebak dan dikenakan tindakan disiplin, mereka tak dapat ambil peperiksaan. Ada yang dibuang dan digantung sekolah. Disebabkan perkara ini, prestasi pelajaran sekolah dan Gred Purata Sekolah (GPS) juga akan terkesan dan jatuh merudum.

Selalu yang kami jumpa adalah yang sebegini. Bila dah ada yang terjebak, baru nak nampak serius perkara ini. Macam tu juga dengan beberapa orang yang datang berjumpa atau mesej tanya macam-macam. Bila mereka dah ada penyakit kronik seperti HIV, barulah nak datang rujuk ke rumah pemulihan dan ada rasa nak berubah sebab tahu, hidupnya dah tak lama mana.

Paling bahagia bagi kami adalah bila selepas program, ada pelajar yang Direct Message dan mengaku dirinya ada kecenderungan rasa suka dan cinta pada sesama jantina dan perkara tersebut memang mengganggu fokusnya dalam belajar. Luaran nampak normal dan sihat, namun, dalamannya amat terseksa nak melawan rasa itu. Ada yang sampai
"ketagih onani" disebabkan rasa-rasa tersebut.

Kami amat bahagia bila mereka ada rasa nak bertanya, nak berubah dan nak dibantu. Sebelum mereka tenggelam lebih dalam dan tersasar lebih jauh, moga-moga, secebis usaha sebegini dapat membantu dan menyelamatkan mereka.

Daripada situlah, kami dapat tahu pelbagai cerita dan punca kebanyakan remaja terjebak dengan dunia nafsu songsang ini adalah apa. Pengalaman bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Bahagian Al-Riqab juga banyak membantu kami. Sebab itu pelajar sebegini amat memerlukan Group WhatsApp Support. Kadang, mereka takut dan malu nak beritahu atau tanya cikgu.

Doakan semoga kami terus kuat untuk melangkah melaksanakan program dan seminar jelajah sekolah ini. Jalan ini tidak mudah jika bukan kerana DIA. Doakan semoga kami dapat bantu guru-guru dan pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi pelajaran sekolah seiring dengan peningkatan sahsiah pelajar-pelajarnya.



 
IZINKAN KAMI MEMBANTU PELAJAR SEKOLAH ANDA!
JANGAN TUNGGU LAGI!
TEMPAH SLOT SEMINAR ARAZ DI SEKOLAH ANDA SEKARANG!
JIKA LAMBAT, BIMBANG TARIKH YANG ANDA MAHUKAN, TIDAK DAPAT DIPENUHI!
SILA PILIH PAKEJ YANG ANDA MAHU DI BAWAH INI
P1.jpg
P2.jpg
P3.jpg

© 2023 by Success Consulting. Proudly created with Wix.com.

Thanks! Message sent.

bottom of page