top of page

ANCAMAN MEDIA SOSIAL TERHADAP ANAK-ANAK DAN PELAJAR KITA!

Writer's picture: Noor SyazanaNoor Syazana

Bagaimana hubungan anak-anak kita dengan HP mereka?

Kalau dulu, kita sebagai ibu bapa sangat risau bila anak kita keluar rumah dan balik lewat. Tapi sekarang, kita perlu lebih risau kalau anak kita dalam bilik dengan HP dan tak keluar-keluar!


Bukan satu dua aduan dan luahan pelajar remaja yang bercerita dengan saya, sebegini,

"Akak, saya normal. Saya memang suka dengan lelaki. Tapi, sejak cuti sekolah yang lepas, saya 'tertengok' satu video lelaki dengan lelaki (G4Y). Sampai sekarang, saya masih tengok video-video yang macam tu. Saya risaulah kak bila dengar cerita akak tadi. Macam mana saya nak berubah kak?"


"Saya duduk dengan nenek. Saya memang suka duduk seorang diri dalam bilik. Saya 'layan' HP. Saya dah jadi ketagih dengan HP tu. Sebab saya suka tengok video-video yang tak senonoh tu. Tak ada siapa tahu kak. Mak ayah apatah lagi. Saya tak tahu saya boleh berubah ke tak. Saya tahu, perkara tu berdosa."


Ini antaranya.


Dan kedua-dua ini saya dapat daripada perempuan. Lelaki? Ada juga. Lagi dahsyat! Tapi, saya tak nak hurai panjang di sini. Mereka berani meluah dekat saya melalui perjumpaan selepas habis program dan juga melalui 'private message' sebab saya sentuh salah satu punca terjebaknya remaja dengan nafsu songsang adalah daripada ketagihan pornografi. Apa yang saya kongsi adalah melalui pengalaman di lapangan yang saya dapat daripada mereka yang pernah terjebak.


Saya cuma nak ingatkan diri sendiri khususnya dan juga kita semua, sebagai ibu bapa, kakak, abang dan lain-lain lagi. Anak-anak kita sekarang terdedah dengan pelbagai ancaman media sosial.


Ada 3 ancaman yang ingin saya kongsikan di sini :


1) Aplikasi mudah alih yang berpotensi 'masuk' ke bilik anak kita. Terutamanya perempuan. Betapa malu dan sedihnya bila melihat video-video rakaman yang tular, yang memaparkan 'live' sang perempuan menunjukkan 'keghairahan' dirinya dari dalam bilik mereka sendiri.


2) Aplikasi seperti Instagram (lubuk anak-anak muda sekarang) yang juga terdedah dengan pelbagai 'trend' dan sebagainya. Pernah suatu hari, saya baru habis program di sekolah. Saya buka laman Instagram dan terlihat satu video artis yang mempunyai ramai 'follower' menunjukkan aksi yang 'ghairah'.


Bayangkan, saya selalu berpesan dalam perkongsian saya untuk anak-anak remaja dan pelajar ini tahu akan anggota badan yang boleh disentuh dan yang tak boleh disentuh oleh orang lain. Tapi, video tersebut melakukan sebaliknya. Dia dan rakannya menunjukkan aksi menyentuh kawasan anggota yang sepatutnya tidak boleh disentuh oleh orang lain. Betapa malu dan sedihnya apabila membaca komen-komen yang ada seperti "Cantiknya!" "Mantopnya" dan sebagainya.


3) Aplikasi WeChat (kita yang orang lama memang dah tak pakai dah benda ni). Tapi, pelajar ramai yang pakai. Sebab ianya lebih 'private' kononnya. Hinggakan banyak kes yang berlaku, yang melibatkan pelajar dirogol, dicabul dan sebagainya adalah kerana aplikasi ini. Setelah mereka berkenalan dan merancang pertemuan.


Ada banyak lagi sebenarnya. Kita memang tak mampu nak pantau anak kita setiap saat. Tapi, dengan teknologi yang ada kini, kita sebenarnya boleh memantau anak-anak kita di media sosial. Insya-Allah, saya dan team ada merancang untuk berkongsi lebih terperinci akan perkara ini dalam satu mini seminar sebab ia berkait dengan teknikal, tidak teori semata-mata. Doakan, semoga program ini nanti akan mendapat perhatian dan sokongan kehadiran daripada ibu bapa dan guru khususnya.


Jemput daftar dan hadir

Pernahkah kita membaca tajuk-tajuk akhbar sebegini?


"FACEBOOK PUNCA KEPUTUSAN TERUK"

"NODA DALAM KOCEK"

"FACEBOOK TINGKAT MURUNG"

"APLIKASI SOSIAL JANJI TEMU SEKS AKTIF DI MALAYSIA"

"BAHANA MEDIA SOSIAL"

"BELANG GANGSTER SIBER"

"GADIS DIROGOL KENALAN WECHAT"

"SUDAH TIDURI 30 LELAKI KENALAN FB"

"SKANDAL SONGSANG"

"KELAB GADIS SONGSANG"


Dan banyak lagi! Ini adalah antara tajuk-tajuk yang pernah muncul di akhbar kita hari ini. Sedih bukan?

Masih ada yang belum tahu akan kewujudan aplikasi yang boleh membantu kita memantau media sosial anak-anak kita. Masih ada juga yang belum tahu akan kewujudan aplikasi yang mampu mengancam keselamatan diri anak-anak kita. Bagi membantu mencari solusi untuk panduan ibu bapa dan guru khususnya, kami daripada Hamare Group, ingin berkongsi RAHSIA MEMANTAU ANAK DI MEDIA SOSIAL. Kami telah bertemu dengan lebih 10,000 pelajar dalam Jelajah Motivasi Media Sosial Di Sekolah pada tahun 2018 yang lepas.


Mungkin, akan ada ibu bapa yang berpendapat,


"Kalau macam tu, tak payahlah bagi HP dekat anak-anak!"


Didik anak mengikut zaman. Zaman ini zaman teknologi. Kita tak beri pun, mereka akan tetap tahu dan cari sebab kawan-kawan semua ada. Kita juga perlu ketahui didik anak melalui media sosial ini.


Pernah saya berdepan dengan satu kes pelajar kolej agama semasa zaman praktikal dulu. Ibu bapanya sangat menjaga anaknya. Memang tak diberi HP untuk dipegang sendiri. Hingga akhirnya, anaknya ditangkap khalwat. Hasil daripada dia beli HP sendiri secara senyap-senyap dan mula berkenalan dengan lelaki di laman WeChat. Betapa hancur hati seorang ibu saat perkara itu berlaku.


Na'uzubillah!


Moga kita dan generasi kita dijauhkan daripada perkara-perkara yang tak diingini seperti ini. Biar mata kita dan anggota-anggota yang lain ini, membawa kita ke Syurga. Bukan mengheret kita ke Neraka. Tanamkan 'ihsan' dalam diri, insya-Allah, kita akan sentiasa mampu ingat bahawa Allah itu Maha Melihat segala tingkah kita, hamba-Nya.


Yang bimbang dan cuba membantu sedaya yang mampu, Sis Syazana.


286 views0 comments

Recent Posts

See All

POSTAGE (JUMAAT - 4/10/2019)

NAMA 1) KAMAL AJWAD BIN MOHAMAD AZHAR EHA024846740MY 2) ANIZAH BT DUAKIL ...

Comments


© 2023 by Success Consulting. Proudly created with Wix.com.

Thanks! Message sent.

bottom of page