
Hingga hari ini, kita masih bertemu dengan tajuk-tajuk akhbar yang mengerikan khususnya yang berkait dengan dunia media sosial. Ini sebahagian daripadanya :
"FACEBOOK PUNCA KEPUTUSAN TERUK"
"NODA DALAM KOCEK"
"FACEBOOK TINGKAT MURUNG"
"APLIKASI SOSIAL JANJI TEMU SEKS AKTIF DI MALAYSIA"
"BAHANA MEDIA SOSIAL"
"BELANG GANGSTER SIBER"
"GADIS DIROGOL KENALAN WECHAT"

"SUDAH TIDURI 30 LELAKI KENALAN FB"
Saya kongsikan 2 langkah awal yang ibu bapa perlu lakukan untuk selamatkan anak-anak kita daripada Jenayah Siber di Media Sosial.
1) Kawal Penggunaan Gajet Anak-anak
Ibu bapa perlu tegas akan perkara ini sejak daripada awal anak-anak kita diberi dan dikenalkan dengan gajet atau telefon bimbit. Peruntukkan masa sewajarnya sahaja. Jangan biarkan mereka urus sendiri, kelak, gajet yang akan menghabiskan masa-masa berharga anak kita.
Minimakan, 2 jam sehari jika mereka masih sekolah dan berada bersama kita. Maksimumkan sebaik mungkin untuk menggunakan gajet sebagai medium pembelajaran. Antara inisiatifnya adalah melalui aplikasi pembelajaran online iaitu Osem. (Channel Telegram Buat Ibu Bapa yang nak dapatkan aplikasi pembelajaran Osem : https://bit.ly/2JvBXr2 )

2) Setkan privasi siap-siap pada gajet mereka.
Contohnya seperti YouTube dan sebagainya. Supaya mereka tidak bertemu dengan iklan-iklan yang tidak senonoh dan merosakkan mata hati anak-anak kita. Ini amat penting kerana sudah ramai anak-anak seawal usia kanak-kanak dan remaja terlibat dengan gejala pornografi.
Ini antara perkara yang selalu saya tekankan dalam seminar dan program yang saya dan team laksanakan di sekolah-sekolah. Media sosial hari ini amat membimbangkan ramai pihak, termasuklah guru-guru.
Sama-sama kita cegah sebelum ianya semakin membarah!
コメント