top of page

BAHANA NAFSU SONGSANG : CEGAH SEBELUM PARAH!

Writer's picture: Noor SyazanaNoor Syazana


Berita yang disiarkan di laman web Mtero, 11/11/2018

Berita yang disiarkan oleh Sinar Harian, 9/11/2018

Bukan sekali dua saya berbicara dan menyentuh perihal isu Gejala Nafsu Songsang ini. Setiap hari, ada saja berita baru yang diterima dan dikongsi. Selain kes-kes yang wujud di sekolah-sekolah, saya juga ‘update’ berkenaan isu ini di dada-dada akhbar kita.


Tajuk akhbar masa kini, semakin membimbangkan kita sebenarnya. Bukan saja ibu bapa, malah guru juga turut bimbang bersama. Anak-anak remaja dan pelajar-pelajar kita hari ini terdedah dengan pelbagai ancaman akhir zaman, antaranya Virus LGBT atau Gejala Nafsu Songsang ini.


Selalu saya kongsikan dalam pengisian atau ceramah kesedaran berkenaan isu ini di sekolah-sekolah adalah berkaitan dengan punca. Daripada punca inilah, lahirnya nafsu liar yang tidak dapat dikawal lagi. Antara punca utama seseorang remaja boleh terjebak dengan gejala nafsu songsang ini adalah kerana pernah menjadi mangsa noda. Apa yang saya kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman mereka yang pernah terjebak dan berusaha untuk kembali ke pangkal jalan. Kepada fitrah. (Boleh baca selebihnya di posting awal).




Selain itu, berkenaan dengan kesan, akibat atau bahana nafsu songsang ini. Ada 3 perkara utama yang ingin saya kongsikan di sini, iaitu :-


1) Peningkatan Mangsa HIV/AIDS


Ini adalah fakta dan realiti yang berlaku hari ini. Jika dahulu, mangsa HIV positif atau AIDS ini adalah disebabkan oleh suntikan jarum perkongsian dadah, namun kini, statistiknya sudah berubah secara drastik. Mangsa HIV tertinggi adalah golongan Homoseksual iaitu Gay (Men Sex Men = MSM).



Ini antara statistik 2005-2016. Kita berada pada tahun 2018 dan statistik untuk warna merah tersebut semakin meningkat.

2) Terdedah dengan penyakit-penyakit ganjil seperti Sifilis, Gonorrhea dan sebagainya.


Penyakit-penyakit sebegini juga amat popular dalam kalangan mereka yang suka melakukan hubungan seks bebas, tak kira sesama jantina atau berlainan jantina. Sakitnya bukan kepalang! Bernanah kemaluan, kencing bernanah/berdarah dan pelbagai lagi.


3) Pelacuran semakin berkembang meluas.


Ini yang paling kita bimbangkan buat generasi anak-anak muda kita. Jika gejala nafsu songsang atau gaya hidup LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan  Transgender/Transeksual) semakin membiak, maka, aktiviti pelacuran juga akan semakin bertambah, berkembang pesat dan membiak. Ada antara mereka yang mampu memperoleh pendapatan bersih, sebulan RM5K hanya dengan melakukan aktiviti yang dianggap ‘menyeronokkan’ ini.


Ada banyak lagi jika ingin dikupas dan dihuraikan satu per satu. Saya sendiri sedang menjalankan satu kajian tesis berkaitan dengan isu LGBT ini. Saya mohon, doakan semoga urusan pembelajaran saya dipermudahkan-Nya selalu. Kita mahu hadirkan solusi, di sebalik 1001 kemungkaran yang sedang berlaku ini. Insya-Allah.


Akhir sekali, sebagai kesimpulan, mari sama-sama kita renungi mesej yang terdapat  di dalam panduan utama hidup kita ini, iaitu Al-Quran dan Sunnah, berkaitan isu sebegini.

“Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki bagi memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.” (Surah al-A’raf : 81)




Yang jelas haram itu sudah jelas keharamannya. Moga kita sentiasa berusaha untuk menjaga diri kita dan generasi anak-anak kita daripada terlibat dengan gejala yang mampu mengundang laknat Tuhan ini. Na’uzubillah.


Semoga bermanfaat secebis perkongsian ini. Insya-Allah, saya akan berkongsi berkenaan peranan kita pula selepas ini.


Hidup ini singkat untuk kita terus bermaksiat.

Kembalilah bertaubat.

Bersama kita berusaha untuk jadi hamba-Nya yang taat.


Wallahua'lam.

449 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


© 2023 by Success Consulting. Proudly created with Wix.com.

Thanks! Message sent.

bottom of page